Soalan Lazim
Panduan ringkas untuk memilih program, menyemak jadual dan mendaftar kelas.
Bagaimana saya memilih program dan cawangan?
Buka Program Kami, pilih cawangan dan lihat senarai program. Admin cawangan boleh membantu mencadangkan program mengikut tahap anak.
Di mana boleh saya semak jadual kelas?
Jadual Guar Chempedak tersedia pada halaman Pakej 4 Subjek Sekolah Rendah, Pakej Sekolah Menengah dan Smart English. Untuk program atau cawangan lain, semak jadual dengan admin cawangan.
Bagaimana saya mendapatkan maklumat yuran?
Semak maklumat pakej pada halaman program. Jika yuran belum dipaparkan, hubungi admin melalui pilihan program dan cawangan. Sahkan yuran serta kekosongan terkini sebelum mendaftar.
Bagaimana pendaftaran melalui website dibuat?
Isi borang pendaftaran, pilih program dan cawangan, kemudian semak butiran. Teruskan ke WhatsApp dan tekan Hantar untuk menghantar butiran kepada admin cawangan pilihan.
Adakah menekan butang WhatsApp sudah mengesahkan tempat?
Tempat dan sesi kelas perlu disahkan dengan admin. Pastikan mesej dihantar di WhatsApp dan tunggu maklum balas admin untuk urusan pendaftaran seterusnya.
Bagaimana saya menghubungi cawangan?
Maklumat alamat dan WhatsApp ketiga-tiga cawangan tersedia di bahagian Hubungi Kami.
