SESI 2027 · SUNGAI LALANG

Bijak Matematik

Bantu anak memahami nombor, berlatih operasi asas dan sifir, kemudian belajar menyelesaikan soalan Matematik mengikut tahapnya.

Bijak Matematik

PILIH TAHAP MENGIKUT KEPERLUAN ANAK

Dari asas nombor hingga penyelesaian masalah.

Lihat apa yang dipelajari pada setiap tahap. Jika belum pasti, kongsikan umur dan keperluan anak dengan admin.

6–7 tahun

Introductory

Bina asas nombor dan operasi.

  • Mengenal nombor serta memahami tambah dan tolak.
  • Pengenalan pecahan, wang dan waktu.
  • Untuk anak yang sedang membina asas Matematik.

8–12 tahun

Intermediate

Kukuhkan operasi asas dan sifir.

  • Latihan tambah, tolak, darab dan bahagi.
  • Pengukuhan sifir dan kemahiran Matematik Darjah 2–6.
  • Untuk anak yang masih perlu mengukuhkan nombor dan operasi.

Biasanya 11–12 tahun

Advanced

Gunakan kefahaman untuk menjawab soalan KBAT.

  • Untuk anak yang sudah mahir operasi asas Matematik.
  • Latihan pemikiran dan penyelesaian masalah.
  • Anak Darjah 4 yang sudah habis Intermediate juga boleh masuk Advanced.
Syarat asas: mahir membaca dan menulis Bahasa Melayu.

Umur ialah panduan. Kami turut mengambil kira kemahiran yang sudah dikuasai anak. Semak jadual cawangan dan bincangkan pilihan tahap dengan admin.

CARA ANAK BELAJAR

Bagaimana anak belajar pada setiap tahap?

Introductory dan Intermediate mempunyai cara belajar yang berbeza. Lihat bagaimana guru mengajar dan bagaimana anak meneruskan buku seterusnya.

INTRODUCTORY

Belajar bersama, semakan seorang demi seorang.

  1. Fahami konsep bersama guru.Guru menerangkan konsep kepada seluruh kelas. Semua pelajar belajar tajuk dan bahagian yang sama pada setiap sesi.
  2. Buat latihan, kemudian semak.Selepas mendengar penerangan, anak membuat latihan. Guru kemudian menyemak latihan seorang demi seorang.
  3. Selesaikan modul sepanjang sesi tahunan.Guru memastikan lima buku modul habis sebelum sesi tahunan berakhir. Anak beralih tahap apabila tamat sesi tahunan.
Lihat lima buku Introductory →

INTERMEDIATE

Latih tubi mengikut tahap masing-masing.

  1. Kenal pasti tahap permulaan.Sebelum bermula, guru meminta anak menjawab beberapa soalan untuk melihat tahap permulaannya.
  2. Berlatih mengikut tahap sendiri.Anak membuat latihan pada tahapnya sendiri. Pelajar baharu atau yang kurang mahir tidak perlu mengejar tahap rakan sekelas.
  3. Selesai satu buku, sambung buku seterusnya.Selepas habis satu buku, anak menyambung buku seterusnya dalam siri empat buku Intermediate.
Lihat empat buku Intermediate →

MODUL SENDIRI ALC

Inilah buku yang anak gunakan.

Modul Introductory dan Intermediate dibangunkan sendiri oleh Puan Fatin Hanani Ismail, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) ALC.

Lihat kulit buku dan contoh latihan sebenar di bawah. Tekan mana-mana gambar untuk membesarkannya.

Buku yang dipaparkan ialah modul Introductory dan Intermediate. Advanced memfokuskan latihan KBAT dan penyelesaian masalah.

Bincang tahap yang sesuai untuk anak

KENALI PEMBELAJARAN DI ALC

Lihat kelas sebenar dan pengalaman waris.

Lihat foto kelas Intermediate dan pengalaman waris di ALC Guar Chempedak untuk mengenali cara pembelajaran Bijak Matematik.

YURAN SESI 2027

Yuran Bijak Matematik mengikut tahap.

Berkuat kuasa 1 Disember 2026 · Sesi hingga 30 November 2027

PilihanBulananKelas sebulan
IntroductoryRM504
IntermediateRM504
AdvancedRM504

Pendaftaran RM30 + bahan RM50. Introductory dan Advanced: setiap sesi tahunan, termasuk pelajar lama. Intermediate: sekali sahaja; tiada caj semula apabila sesi baharu bermula. Jadual tahap mengikut cawangan.

Isi borang pendaftaran

Jadual Sesi 2027 · Bermula 1 Disember 2026.

Jadual Bijak Matematik

Sungai Lalang

Sesi hingga 30 November 2027. Admin akan mengesahkan kekosongan dan tarikh pertama kelas pilihan anda.

Jadual tersimpan daripada Student Hub. Tarikh rujukan: 1 Disember 2026. Menyemak kemas kini…

Kelas / kumpulanHariWaktu
Bijak Matematik Intermediate (Group 1)Selasa8.00 malam–10.15 malam
Bijak Matematik Intermediate (Group 2)Khamis4.30 petang–7.00 malam
Bijak Matematik IntroductoryIsnin4.30 petang–7.00 malam

LANGKAH SETERUSNYA

Mulakan pendaftaran anak di sini.

Bijak Matematik · Sungai Lalang

Selepas borang dihantar, admin cawangan akan menghubungi anda untuk menyemak pilihan kelas, kekosongan dan tarikh mula. Tempat anak disahkan bersama admin.

Anda akan diminta menyemak butiran sebelum permohonan dihantar.

Butiran hanya dihantar dan disimpan dalam Student Hub selepas semakan serta persetujuan anda. Maklumat privasi

Zum menggunakan gerakan dua jari atau fungsi zum pelayar untuk melihat tulisan dengan lebih dekat.