Membimbing pelajar sejak 2008
Bantu anak menguasai asas dan belajar dengan lebih yakin.
Daripada belajar membaca hingga menguasai pelajaran sekolah, cari kelas yang sesuai untuk anak anda di ALC.
PERINGKAT AWAL & SEKOLAH RENDAH Membina asas yang kukuh. Membaca, menulis, bahasa dan matematik
SEKOLAH MENENGAH Mengukuhkan penguasaan akademik. Bimbingan subjek mengikut tingkatan
3 cawangan di Kedah
Lebih 2,000 pelajar semasa di tiga cawangan
Kenali ALC →
Guar Chempedak (HQ) · Bandar Puteri Jaya · Sungai Lalang
Sesi 2027 · Bermula 1 Disember 2026
MULAKAN DENGAN KEPERLUAN ANAK
Apa yang anak anda perlukan? Kenali 8 program ALC mengikut perkara yang anak perlukan. Pilih cawangan untuk melihat cara belajar, jadual dan yuran.
Anak belum lancar membaca Guru membantu anak belajar membaca dan menulis Bahasa Melayu, bermula dari tahapnya sekarang.
5 tahun ke atas
Kelas Cepat Membaca & Menulis
Bimbingan mengikut tahap anak
Pilih cawangan
Anak perlukan bantuan dalam pelajaran sekolah rendah Bantu anak memahami Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains dalam satu pakej.
Darjah 2–6 · Lancar membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu
Pakej 4 Subjek Sekolah Rendah
Darjah bagi sesi 2027 Pilih darjah Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Contoh: anak akan masuk Darjah 4 pada sesi 2027.
Pilih cawangan
Anak sekolah menengah mahu tingkatkan prestasi Pilih subjek yang mahu dikuatkan, kemudian lihat jadual mengikut tingkatan anak.
Tingkatan 1–5
Pakej Sekolah Menengah
Tingkatan bagi sesi 2027 Pilih tingkatan Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5 Contoh: anak akan masuk Tingkatan 1 pada sesi 2027.
Pilih cawangan
LAGI PILIHAN UNTUK ANAK ANDA
Ada kemahiran yang mahu dikuatkan? Lihat pilihan Matematik, Bahasa Inggeris, Jawi, bacaan dan persediaan UPKK di bawah.
Kukuhkan asas mengira
Bijak Matematik Daripada mengenal nombor hingga menyelesaikan masalah, anak belajar Matematik dalam kelas yang sesuai dengan tahapnya.
Lihat kelas Kuasai Bahasa Inggeris
Smart English Anak belajar tatabahasa, menambah kosa kata dan berlatih menulis ayat. Guru turut membimbing sebutan.
Lihat kelas Baca dan tulis Jawi
Smart Jawi Anak mengenal huruf, membaca dan menulis Jawi dengan modul ALC, langkah demi langkah.
Lihat kelas Lancar membaca Bahasa Inggeris
Reading Session Anak membaca Bahasa Inggeris bersama guru secara individu, dengan semakan sebutan dan kefahaman. Bersemuka atau dalam talian.
Lihat kelas Bersedia menghadapi UPKK
UPKK Mastery Class Untuk pelajar Darjah 4–5 yang mahu bersedia menghadapi UPKK melalui latihan dan bimbingan guru.
Darjah 4–5 · Guar Chempedak & Bandar Puteri Jaya
Lihat kelas
Lebih 18 tahun pengalaman Membimbing pelajar sejak 2008
Belajar langkah demi langkah Pembelajaran disusun mengikut program dan tahap anak
Fahami apa yang dipelajari Anak dibantu memahami konsep dan cara menjawab
Mendidik Dari Hati Membimbing dengan penuh perhatian
DIPERCAYAI OLEH RIBUAN PELAJAR & IBU BAPA
Kejayaan mereka,inspirasi kami. Setiap kejayaan pelajar menjadi inspirasi kami untuk terus memberikan bimbingan terbaik.
Lebih 2,000 Pelajar semasa
Jumlah keseluruhan di tiga cawangan ALC Sejak 2008 Membimbing pelajar
Dari asas membaca hingga sekolah menengah 3 cawangan Dekat dengan keluarga anda
Guar Chempedak · Bandar Puteri Jaya · Sungai Lalang
PENCAPAIAN PELAJAR ALC
Pencapaian pelajar kami. Antara keputusan yang dikongsikan oleh pelajar dan keluarga ALC. Lihat subjek, markah dan foto keputusan mereka di sini.
Terokai 60 foto pencapaian → PENCAPAIAN PELAJAR ALC Sesi 2026 · Darjah 2
Aisy Faiq
Bahasa Melayu 88% Lihat foto & keputusan ↗ PENCAPAIAN PELAJAR ALC Sesi 2026 · Tingkatan 2
Alfi Muqri
Matematik 93% Lihat foto & keputusan ↗ PENCAPAIAN PELAJAR ALC Sesi 2026 · Darjah 3 · Bandar Puteri Jaya
Ayra Naura
Bahasa Inggeris 99%
Bahasa Melayu 62% Lihat foto & keputusan ↗ PENCAPAIAN PELAJAR ALC Sesi 2026 · Darjah 3 · Bandar Puteri Jaya
Qiesha Aira
Bahasa Inggeris 84% Lihat foto & keputusan ↗ PENCAPAIAN PELAJAR ALC Sesi 2026 · Darjah 5 · Bandar Puteri Jaya
Rayyan Iqbal
Bahasa Melayu 76% Lihat foto & keputusan ↗ PENCAPAIAN PELAJAR ALC Sesi 2026 · Darjah 6 · Sungai Lalang
Izara Husna
Bahasa Inggeris 84%
Matematik 92%
Bahasa Melayu 90% Lihat foto & keputusan ↗ PENCAPAIAN PELAJAR ALC Sesi 2026 · Darjah 5 · Bandar Puteri Jaya
Amman Firash
Matematik 92% Lihat foto & keputusan ↗ PENCAPAIAN PELAJAR ALC Sesi 2026 · Darjah 5 · Guar Chempedak (HQ)
Muhammad Akif Ziyyad
Jawi 89% Lihat foto & keputusan ↗ Darjah atau tingkatan yang dipaparkan ialah tahap pelajar ketika peperiksaan berkenaan.
CAWANGAN AN NAJAH LEARNING CENTRE
Cawangan An Najah Learning Centre
Pilih cawangan yang berdekatan untuk melihat program, lokasi dan cara menghubungi kami.
PERKONGSIAN DARI HATI IBU BAPA
Apa kataibu bapa tentang ALC? Baca pengalaman ibu bapa tentang pembelajaran dan perkembangan anak mereka.
ULASAN WARIS DI GOOGLE
Pengalaman yang dikongsikan sendiri oleh waris. Petikan daripada ulasan awam di profil Google setiap cawangan.
213 ulasan merentas tiga cawangan · Disemak 29 Oktober 2026 . Penilaian dan bilangan ulasan boleh berubah.
Guar Chempedak (HQ) Norhasiah Ahmad ★★★★★ “anak dah boleh membaca sejak mengikut kelas tuisyen membaca . seronok datang ke kelas.”
Baca ulasan cawangan di Google ↗ Bandar Puteri Jaya Luke Dante ★★★★★ “selepas masuk kelas membaca, anak saya sudah pandai membaca. Yuran pun berpatutan”
Baca ulasan cawangan di Google ↗ Sungai Lalang ROHAIZA CHE KHALID ★★★★★ “anak suka belajar di sini. Dia kata Inilah tempat tuisyen yang terbaik. Terima kasih cikgu-cikgu yang prihatin dan berdedikasi.”
Baca ulasan cawangan di Google ↗ Petikan dipendekkan daripada ulasan asal. Pautan membuka profil Google cawangan dalam tab baharu.
Perkongsian waris melalui WhatsApp Baca perkongsian waris, kemudian buka kad untuk melihat mesej penuh dan tangkap layar asal.
‹ ›
Waris Dhiya Perkongsian waris WhatsApp Dhiya 1 Thun bersama an najah....bnyk perubahan...Thun ni dpt anugerah kecemerlangan skbpj...t. kasih cikgu² smua byk tnjuk ajar pd dhiya🥰🥰 Waris Zara Nabila Perkongsian waris WhatsApp 2thn bersama an Najah tahun ni Zara dpt anugerah cemerlang.. terima kasih cikgu ats didikan dan tunjuk ajar cikgu2.. Alhamdulilah Waris Daniyal Haziq & Haura Perkongsian waris WhatsApp terima kasih bnyk2 kepada cikgu2 an najah bpj sepanjang dia tusyen ada peningkatan dlm pelajaran dia.terutama dlm penulisan bahasa malaysia dan english 😊😊 Waris Izzat Hanif Perkongsian waris WhatsApp Alhamdulillah math dari E naik p C. Yg lain pun ada peningkatan.. Tq Waris Aidil Rizqi Perkongsian waris WhatsApp Terima kasih byak2 bagi tunjuk ajar pada Aidil Rizqi... Hanya Allah dpt balas semua jasa baik Pengajar2 An- Najah Waris Ulfa Perkongsian waris WhatsApp Nak ucapkan t. kasih bnyak² kpada ALC BPJ.. sepanjang ulfa tuisyen di sini.. banyak peningkatan dlm pelajaran Waris Uwais Hakimi Perkongsian waris WhatsApp Sayang sebenarnya nak tinggalkan ALC sbb uwais banyak improve terutama subjek bahasa melayu. UASA baru ni pon dia dapat 80 lebih markah alhamdulillah.
Saya nak ucapkan terima kasih banyak2 pada semua cikgu2 yg bertungkus lumus curahkan ilmu pada uwais. InshaAllah ada rezeki jumpa lagi💙 Waris Nur Keysha Perkongsian waris WhatsApp Akk tngok unk thn ni 2026 exam awal, pertenghn & akhir thn kekal A bg subjek matematik 👏👏 Waris Yusuf Perkongsian waris WhatsApp Terima kasih juga buat para guru yg mngajar anak sy,nampak banyak perubahan yusuf dalam akedemik..InshaAllah msuk tahun 4 nnti sy daftr yusuf semula😊 Waris Muhammad Sayff Khalif Umar Perkongsian waris WhatsApp Ya terima kasih buat team An Najah sy sgt berpuas hati dengan perkhidmatan yg diberikan tunjuk ajar kepada anak saya daripada x mengenal sehingga boleh membaca dengan lancar...smoga An Najah lebih maju jaya di masa hadapan..🙌 Waris Abdullah Bin Yahya Bakhir Perkongsian waris WhatsApp Mohon undur diri ya.. alfu syukran pada cikgu Nasyrah 🌷 bantu ajar Abdullah membaca dr xpandai mengeja dan menulis hingga dh pandai baca buku cerita.. moga diganjari pahala berterusan... pusat tuisyen an najah mmg pilihan terbaik 🌹🌹 Waris Kelas Sifir Perkongsian waris WhatsApp Sebab tengok anak-anak bersemangat nak pi tuisyen Waris Nur Amalia Perkongsian waris WhatsApp bnyk peningkatan lia lps p tuisyen ni Waris Haidar Perkongsian waris WhatsApp Alhamdulillah asbab dia tuisyen dekat An Najah dia terima anugerah subjek matematik terbaik harini dekat Sriti
Matematik haidar dapat 100
Bahasa Inggeris dia dapat 94 Waris Sharhan Perkongsian waris WhatsApp Assalamualaikum Cikgu 2 An-najah ... Saya Waris Muhammad Aman Sharhan bin Mohd Rodzli dari Group Satu darjah 4, Ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua Cikgu An Najah yang memberi tunjuk ajar kepada Anak Saya.Kali nie nampak prestasi pembelajaran anak Saya meningkat dari nombor belas ke nombor 5, Alhamdulillah syukur sangat.🙌🏻🥰🥰 Waris Zairil Perkongsian waris WhatsApp Anak saya Zairil Darwish pn sama...dri no12 ke no4.. Sabtu ni dia dpt 2 anugerah cemerlang kt seklh 🥰..trma ksh bt semua guru2 di an najah❤️ Waris Maryam Perkongsian waris WhatsApp Alhamdulillah.. prestasi maryam pn meningkat..tahun ni dpt no4 terbaik dlm kelas.. ada jgk subjek yg dpt markah paling tinggi dlm kelas.. terima kasih cikgu² An Najah.. Waris Alisha Amani Perkongsian waris WhatsApp Alhamdulillah alisha pun dpt anugerah tahun ni..dapat no 3 dlm kelas..pertengahan tahun tu dpt no5. BI byk peningkatan.. Waris Aydan Perkongsian waris WhatsApp Terima kasih byk Cikgu Masliyana, sgt2 membantu Aydan dari zero.. sgt2 hebat.. jumpa lg cikgu.. semoga Allah sentiasa merahmati cikgu 🤍 Waris Muhammad Aizal Hakimi Perkongsian waris WhatsApp Waalaikumussalam terimakasih cikgu nash telah mengajar aizal selama nih,dari aizal x mau pi tuisyen,suka teriak,cikgu sabar dg dia,sayang cikgu nash Waris Amar Rifqi Perkongsian waris WhatsApp t.kasih kpd smua cg cg yg ajar amar rifqi.
result uasa
bi dpt 90, bm 88, mate 70, sains 72..
dia lemah smua sbjek dlu terutama mate dan sains....mate biasa dpt 5%, 12 %....
lepas tuisyen kat annajah result dia meningkat smua sbjek..t.kasih cg cg yg ajar amar. Waris Alisya Perkongsian waris WhatsApp Sy nk ucapkan terima kasih. Alhamdulillah result exam matematik Alisya ada improvement. Walaupun belum A. Selalunya C atau D. Tp exam akhir tahun Alhadulillah B. Hopefully getting better next year ❤️🥰 Waris Airis Perkongsian waris WhatsApp Seriuss ckp...Airis pun perkembangan dlm kelas dia Meningkat berbanding awai tahun...
Bm Bi Sains Mate Ada Peningkatan...
Alhamdulillah...
Terima ksih tenaga² pengajar di ALC❤️
❤️ Waris Amna Perkongsian waris WhatsApp Amna ada peningkatan ckiit periksa akhir ni...tu saya nak lebihkan lagi DKT dia..kalau dia brthn selama 4 hari tu.. insyaallah saya trskn Waris Qowiy Perkongsian waris WhatsApp Asslamualaikum cikgu aina.. suka & happy sy nak kongsi pencapaian exam akhir tahun Qowiy dekat cikgu.. sy nk tggu smua result dpt, tp dia lg excited nak tunjuk kt cikgu.. dia ckp nak bwk kertas exam tunjuk kt cg aina sbb cg tak percaya dia hbq saja.. 😁.. sy pon nampk peningkatan yg byk lah dari result pertengahan. Terima kasih byk2 sy ucapkan kt cikgu.. semoga Allah membalas jasa dan budi bakti cikgu mendidik Qowiy.. Waris Hayfa Perkongsian waris WhatsApp Alhamdulillah..ank Sy Pon before this BM dpt C skrg dh A Waris Faheem Perkongsian waris WhatsApp Faheem uasa smlm sign buku rekod dia
Bm 98
Bi 82
Mat 88
Sains 96
Terima kasih semua cikgu2 yg mengajar dia. Alhamdulillah Waris Aamina Perkongsian waris WhatsApp Aamina pun cikgu cakap ada peningkatan..dia dapat 1a 2b 1c...kedudukan dalam kelas dia dapat no 3...lagi satu cikgu bagitahu saya amina dah boleh membaca😊😊 Waris Ali Dennish Perkongsian waris WhatsApp Assalamualaikum ticer. Saya parent ali dennish. Terima kasih atas ilmu dan didikan ticer ali dapat dalam kelas tuisyen darjah 2. ali boleh score UASA tahun ni. Waris Hafni Adelia Perkongsian waris WhatsApp Assalamualaikum.terima kasih byk2 kpd cikgu2 yg mengajar dan cikgu mohammad. Hari ni anugerah cemerlang. Alhamdulillah Hafni berjaya mendapat tempat pertama dlm kelas dan mendapat tokoh Akademik. InsyaAllah nak sambung lg tuisyen form 1. 😀 Waris Nur Ain Insyirah Perkongsian waris WhatsApp Sama jg dgn saya waris kpd Nur Ain Insyirah..berkat ilmu yg cikgu berikan nampak anak makin minat subjek Matematik dan markah periksa ada peningkatan..mohon cikgu halalkan ilmu yg diberikan ..semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati semua tenaga pengajar, cikgu2 di Annajah dan dipermudahkan segala urusan..😊 Waris Aniq Perkongsian waris WhatsApp Assalamualaikum esk aniq xhadir lagi sbb dia nk amik hadiah kt skolah dlu smua sbjek dia gagal sbb dia xbole baca tapi smenjak dia tuisyen sni walau kelas xhbis lagi dia dh bole serba sikit yg trkejut nya dia bole trpilih dpt anugerah kecemerlangan trharu sngt terima kasih mmbantu aniq mmbaca dari xkenal huruf smpai lah dh bole baca 🥰 Waris Nurfirzanah Perkongsian waris WhatsApp ngajaq anak kak.. asbab tuisyen di situ Nurfirzanah Aisya dpt anugerah cemerlang bahasa Malaysia markah dari 48 naik ke 92 😍 so sabtu ni dia x masuk class sbb p ambik anugerah skbpj .. Waris Aisyah Perkongsian waris WhatsApp Yaa sy pun lupa nak ucap terima kasih banyak2 kepada semua cikgu yang mengajar Aisyah dari kelas membaca sampai skrg...tahun lepas no3 dalam kelas..tahun ni no 1 dan terbaik bahasa inggeris...dapat 100%.. math 90%, BM dan sains tak pasti tapi yang tahu A juga la...terima kasih banyak2 semua cikgu..🫶🏻 Anis Yasmin Perkongsian pelajar WhatsApp Assalamualaikum cg
Ni saya Anis Yasmin
Sains saya dpt A+ cg😭 Huda Perkongsian pelajar WhatsApp Alhamdulillah cg
Huda dpt straight A cg
sains kami A Waris Zafriel Perkongsian waris WhatsApp Math( darjah5 ) ,Alhamdulillah syukur sgt2 semenjak ank kak join kelas tuisyen di An-Najah Learning Centre cawangan Guar Chempedak, prestasi dia tersangatlah baik result terkini hujung tahun dapat number 1 dlm kelas dari number 13 sblm ni, sampai dapat naik pentas trima hadiah dn akan naik satu lg kelas kedepan utk thun 2026..trima kasih tak terhingga dekat semua trutama pda Tec Syukrina dan Cikgu Ummu😘 halalkn setiap ilmu Lihat semua perkongsian⟶
MENGAPA PILIH AN NAJAH LEARNING CENTRE?
Kami mahu anak faham, berani mencuba dan yakin belajar.
Kami membantu anak memahami pelajaran dan membina asas yang lebih kukuh, dengan bimbingan guru yang mengambil berat tentang cara mereka belajar.
01 Yuran berpatutan Lihat pilihan program dan yuran sebelum menentukan kelas untuk anak.
02 Guru terlatih dan mesra Guru memberi penerangan yang jelas, membimbing latihan dan menggalakkan anak bertanya.
03 Pengajaran yang dipantau Ketua pasukan menilai pengajaran dan membimbing guru supaya anak mendapat bimbingan yang teratur.
04 Ruang kelas yang selesa Anak belajar dalam kelas yang selesa dan berhawa dingin.
05 Pembelajaran yang tersusun Setiap program mempunyai susunan pembelajaran yang jelas. Guru membantu anak memahami pelajaran dan berlatih langkah demi langkah.
PENDAFTARAN AN NAJAH
Daftarkan anak anda di ALC.
Isi maklumat anak, kemudian pilih program dan cawangan. Admin cawangan akan menghubungi anda melalui WhatsApp untuk membantu urusan pendaftaran.
✓ Cadangan program mengikut tahap anak▦ Semakan jadual & cawangan yang sesuai☏ Bantuan admin melalui WhatsApp