Tentang An Najah Learning Centre

Mendidik Dari Hati,
sejak 2008.

Bermula dengan tiga pelajar pada 2008, ALC kini mempunyai tiga cawangan di Kedah. Sejak itu, kami terus membantu pelajar membina asas dan belajar dengan lebih yakin.

Guru bersama pelajar dalam suasana pembelajaran ALC
Guru memberi perhatian dan menggalakkan pelajar semasa belajar.
Sejak 2008Pengalaman membimbing pelajar
Lebih 2,000Pelajar semasa · November 2026
3 cawanganGuar Chempedak · BPJ · Sungai Lalang
Modul ALCPembangunan bahan pembelajaran sendiri

Bermula dengan langkah kecil

Tiga pelajar pertama.
Satu permulaan yang bermakna.

Pada 2008, Cikgu Mohammad dan isteri membuka kelas tuisyen kecil-kecilan di rumah keluarga. Dengan kebolehan dalam Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains, mereka mula berkongsi ilmu yang dimiliki.

Cikgu Mohammad mengedarkan sendiri risalah kepada ibu bapa di luar sekolah. Pada tahun pertama, tiga orang pelajar Tahun 3 mengikuti kelas ini. Kepercayaan ibu bapa mereka memberi semangat kepada kami untuk meneruskan usaha.

Sedikit demi sedikit, lebih ramai ibu bapa mendaftarkan anak. Hari ini, ALC beroperasi di Guar Chempedak, Bandar Puteri Jaya dan Sungai Lalang.

“Insya-Allah, nanti ramai la.”

Kata-kata seorang bapa pelajar pertama yang masih diingati oleh pengasas ALC.
  1. Bermula dengan 3 pelajar

    Kelas tuisyen di rumah keluarga, untuk pelajar Tahun 3.

  2. Hampir 100 pelajar

    Lebih ramai ibu bapa memilih ALC.

  3. Hampir 200 pelajar

    Semakin ramai pelajar mendapat bimbingan.

  4. Lebih 2,000 pelajar semasa

    Di tiga cawangan ALC: Guar Chempedak (HQ), Bandar Puteri Jaya dan Sungai Lalang.

Cikgu Mohammad, pengasas An Najah Learning Centre

Di sebalik permulaan ALC

Cikgu Mohammad

Pengasas An Najah Learning Centre

Ijazah Sarjana Muda Management Information System (MIS)

Sebelum mengajar tuisyen, Cikgu Mohammad bekerja dalam beberapa bidang, termasuk rangkaian komputer, pemasangan CCTV dan industri teknologi di Intel, Kulim. Pada 2008, beliau bersama isteri memulakan kelas kecil yang kemudiannya berkembang menjadi ALC.

Sejak kecil, beliau gemar membaca buku cerita dan majalah, khususnya Dewan Pelajar, serta pernah menerima beberapa anugerah NILAM di sekolah. Baginya, amalan membaca banyak membantu kemahiran Bahasa Melayu dan penguasaan bahasa.

Beliau menghargai didikan ibu bapanya yang menjadikan buku sebahagian daripada kehidupan sejak kecil.

Penyelidikan & pembangunan

Modul pembelajaran yang kami bangunkan di ALC.

Puan Fatin
Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)

Antara projek utama Puan Fatin ialah pembangunan modul Kelas Cepat Membaca & Menulis (KCMM). Modul ini membantu pelajar berlatih membaca, menulis dan mengukuhkan kemahiran mengikut tahap.

Beliau turut terlibat dalam pembangunan modul Smart Jawi, Smart English dan Bijak Matematik (Introductory dan Intermediate).

Dalam Smart Jawi, pelajar membaca, berlatih dan menulis pada setiap tahap. Guru turut menggunakan latihan imlak dari Buku 1 hingga Buku 5, mengikut tahap pelajar.

Lihat contoh modul di halaman program untuk melihat jenis latihan yang pelajar buat dalam kelas.

Puan Fatin, Penyelidikan dan Pembangunan ALC

Nilai pendidikan kami

Ilmu, perhatian dan kerjasama.

Di ALC, kami membimbing setiap pelajar untuk memahami pelajaran dan berani mencuba. Bila ada yang belum jelas, kami galakkan mereka bertanya.

Guru kami merancang pelajaran mengikut panduan setiap program ALC. Ketua pasukan menilai pengajaran dan memberi maklum balas kepada guru.

Kefahaman yang kukuh

Guru menerangkan pelajaran langkah demi langkah supaya pelajar dapat membina kefahaman dari asas.

Perhatian untuk setiap pelajar

Guru memberi perhatian apabila pelajar menghadapi kesukaran dan menggalakkan mereka mencuba lagi.

Ruang untuk bertanya

Pelajar boleh minta guru terangkan semula apabila ada bahagian yang belum jelas.

Kerjasama ibu bapa

Admin membantu anda memilih kelas dan menyemak pendaftaran. Selepas kelas bermula, anda boleh berbincang dengan guru tentang perkembangan anak dan cara menyokongnya di rumah.

Visi dan misi ALC

Visi

Bertekad menjadi pusat tuisyen terunggul yang menyediakan pembelajaran berkualiti dan penuh prihatin bagi melahirkan individu cemerlang.

Misi

  • Membantu pelajar memahami topik pembelajaran di sekolah dengan lebih jelas.
  • Memberikan sokongan pembelajaran kepada pelajar mengikut keperluan mereka.
  • Mewujudkan suasana pembelajaran yang mesra pelajar dan penuh prihatin.
  • Membina pasukan guru yang bersemangat, ceria, komited dan berdedikasi.
  • Menyediakan program tuisyen berkualiti yang memenuhi keperluan akademik semasa.
  • Mengukuhkan kerjasama yang harmoni antara pasukan ALC dan ibu bapa.
  • Menyediakan kemudahan dan persekitaran pembelajaran yang kondusif.

Pasukan An Najah Learning Centre

Bersama membimbing anak anda.

Kenali guru dan pasukan pentadbiran di cawangan pilihan anda.

Memuatkan senarai pasukan…

Mari cari kelas yang sesuai untuk anak anda.

Kenali program dan jadual di cawangan pilihan anda. Jika belum pasti kelas yang sesuai, kami sedia membantu anda memilih.