Ansur maju
Perkataan diperkenalkan secara bertahap supaya anak dapat membina penguasaan sedikit demi sedikit.
SESI 2027 · GUAR CHEMPEDAK (HQ)
Bantu anak membaca Bahasa Inggeris dengan sebutan yang betul dan memahami maknanya.
One-to-one bersama guru · 10 minit setiap sesi · 3 kali seminggu
Bersemuka atau dalam talian, mengikut slot yang disahkan admin.

PERHATIAN INDIVIDU UNTUK ANAK
Seorang pelajar bersama seorang guru. Dalam sesi 10 minit yang sama, anak membaca, dibimbing menyebut perkataan, menerangkan kefahaman dan membuat latihan menulis mengikut tahapnya.

Anak membaca petikan daripada buku Peter & Jane mengikut tahap bacaan. Guru mendengar dan menyemak ketepatan bacaan anak.
Guru membantu membetulkan sebutan perkataan yang dibaca dan membimbing anak mencuba semula.
Anak diminta menerangkan perkara yang difahami. Guru membimbing anak memahami makna perkataan serta ayat dalam petikan.
Latihan menulis turut dilakukan dalam sesi yang sama untuk mengukuhkan ingatan serta kefahaman terhadap bacaan.
BAHAN BACAAN BERTAHAP
Siri Peter & Jane memperkenalkan perkataan secara berperingkat dan menggunakannya berulang kali dalam bacaan. Guru ALC membimbing anak membaca dengan sebutan yang betul serta memahami makna bacaan.
Perkataan diperkenalkan secara bertahap supaya anak dapat membina penguasaan sedikit demi sedikit.
Perkataan yang dipelajari ditemui semula untuk mengukuhkan pengecaman dan bacaan.
Latihan menulis membantu anak mengukuhkan perkara yang dipelajari daripada bacaan.
Rujukan bahan: Penerangan siri oleh penerbit Ladybird / Penguin ↗
CONTOH AMALAN DI GUAR CHEMPEDAK
Di GC, guru berkongsi rekod bacaan melalui kumpulan WhatsApp. Rekod menyatakan tarikh, buku dan halaman yang dibaca supaya waris boleh mengikuti bahan pembelajaran anak.
Contoh ini menunjukkan rekod bacaan, bukan penilaian bertulis terperinci tentang sebutan atau kefahaman. Maklumat perkongsian rekod di BPJ dan Sungai Lalang boleh dirujuk kepada admin cawangan.
Fokus pada bacaan, sebutan dan kefahaman Bahasa Inggeris secara one-to-one. Latihan menulis digunakan sebagai pengukuhan dalam sesi 10 minit yang sama.
Daftar Reading SessionFokus pada tatabahasa, pembinaan ayat dan penulisan Bahasa Inggeris mengikut tahap pembelajaran.
Lihat Smart EnglishBelum pasti pilihan yang sesuai? Kongsi keperluan anak melalui borang di bawah supaya admin boleh membantu.
PILIH CARA BELAJAR
Anak boleh mengikuti Reading Session secara bersemuka di ALC atau dalam talian. Kedua-duanya ialah sesi individu bersama guru, selama 10 minit setiap sesi.
Admin cawangan akan membantu menyemak pilihan dan slot yang sesuai untuk anak.
Lihat jadual dan pilihan sesi
YURAN SESI 2027
Berkuat kuasa 1 Disember 2026 · Sesi hingga 30 November 2027
| Pilihan | Bulanan | Kelas sebulan |
|---|---|---|
| Bersemuka | RM80 | 12 |
| Dalam talian | RM80 | 12 |
Tiada caj pendaftaran atau bahan. Setiap sesi 10 minit, individu bersama guru. 3 kali seminggu × 4 minggu.
Daftar Reading SessionJADUAL SESI 2027
Guar Chempedak (HQ)
Setiap anak mengikuti sesi individu 10 minit dalam lingkungan waktu kelas yang ditetapkan. Admin akan mengesahkan slot bersemuka atau dalam talian yang sesuai.
Jadual semasa sedang disemak.
| Kelas / kumpulan | Hari | Waktu |
|---|---|---|
| Reading Session I | Isnin dan Selasa dan Rabu | 4.30 petang–7.00 malam |
| Reading Session II | Isnin dan Selasa dan Rabu | 8.00 malam–10.15 malam |
| Reading Session III | Isnin dan Selasa dan Rabu | 4.30 petang–7.00 malam |
| Reading Session IV | Isnin dan Selasa dan Rabu | 4.30 petang–7.00 malam |
| Reading Session IV | Isnin dan Selasa dan Rabu | 8.00 malam–10.15 malam |
LANGKAH SETERUSNYA
Reading Session · Guar Chempedak (HQ)
Admin akan membantu menyemak jadual, tahap dan kekosongan. Tempat kelas disahkan selepas perbincangan dengan admin.