SESI 2027 · SUNGAI LALANG

Reading Session

Bantu anak membaca Bahasa Inggeris dengan sebutan yang betul dan memahami maknanya.

One-to-one bersama guru · 10 minit setiap sesi · 3 kali seminggu

Bersemuka atau dalam talian, mengikut slot yang disahkan admin.

Guru ALC membimbing seorang pelajar membaca buku secara one-to-one.
Seorang guru, seorang pelajar. Perhatian khusus pada bacaan anak.

Bimbingan mengikut keperluan anak.

PERHATIAN INDIVIDU UNTUK ANAK

Bacaan dibimbing. Sebutan disemak. Makna difahami.

Seorang pelajar bersama seorang guru. Dalam sesi 10 minit yang sama, anak membaca, dibimbing menyebut perkataan, menerangkan kefahaman dan membuat latihan menulis mengikut tahapnya.

Pandangan dekat guru menggunakan pensel untuk membimbing pelajar mengikuti perkataan dalam buku bacaan.
Guru membimbing anak mengikuti perkataan dan ayat dalam buku.
  1. 01

    Membaca bersama guru

    Anak membaca petikan daripada buku Peter & Jane mengikut tahap bacaan. Guru mendengar dan menyemak ketepatan bacaan anak.

  2. 02

    Membetulkan sebutan

    Guru membantu membetulkan sebutan perkataan yang dibaca dan membimbing anak mencuba semula.

  3. 03

    Memahami perkataan dan ayat

    Anak diminta menerangkan perkara yang difahami. Guru membimbing anak memahami makna perkataan serta ayat dalam petikan.

  4. 04

    Mengukuhkan melalui penulisan

    Latihan menulis turut dilakukan dalam sesi yang sama untuk mengukuhkan ingatan serta kefahaman terhadap bacaan.

BAHAN BACAAN BERTAHAP

Kenali perkataan. Ulang dan kukuhkan.

Siri Peter & Jane memperkenalkan perkataan secara berperingkat dan menggunakannya berulang kali dalam bacaan. Guru ALC membimbing anak membaca dengan sebutan yang betul serta memahami makna bacaan.

Ansur maju

Perkataan diperkenalkan secara bertahap supaya anak dapat membina penguasaan sedikit demi sedikit.

Pengulangan

Perkataan yang dipelajari ditemui semula untuk mengukuhkan pengecaman dan bacaan.

Bacaan dan penulisan

Latihan menulis membantu anak mengukuhkan perkara yang dipelajari daripada bacaan.

Rujukan bahan: Penerangan siri oleh penerbit Ladybird / Penguin ↗

CONTOH AMALAN DI GUAR CHEMPEDAK

Ibu ayah tahu apa yang anak baca.

Di GC, guru berkongsi rekod bacaan melalui kumpulan WhatsApp. Rekod menyatakan tarikh, buku dan halaman yang dibaca supaya waris boleh mengikuti bahan pembelajaran anak.

Contoh ini menunjukkan rekod bacaan, bukan penilaian bertulis terperinci tentang sebutan atau kefahaman. Maklumat perkongsian rekod di BPJ dan Sungai Lalang boleh dirujuk kepada admin cawangan.

Reading Session atau Smart English?

Reading Session

Fokus pada bacaan, sebutan dan kefahaman Bahasa Inggeris secara one-to-one. Latihan menulis digunakan sebagai pengukuhan dalam sesi 10 minit yang sama.

Daftar Reading Session

Smart English

Fokus pada tatabahasa, pembinaan ayat dan penulisan Bahasa Inggeris mengikut tahap pembelajaran.

Lihat Smart English

Belum pasti pilihan yang sesuai? Kongsi keperluan anak melalui borang di bawah supaya admin boleh membantu.

PILIH CARA BELAJAR

Bersemuka atau dalam talian, tetap one-to-one.

Anak boleh mengikuti Reading Session secara bersemuka di ALC atau dalam talian. Kedua-duanya ialah sesi individu bersama guru, selama 10 minit setiap sesi.

Admin cawangan akan membantu menyemak pilihan dan slot yang sesuai untuk anak.

Lihat jadual dan pilihan sesi
Guru ALC menggunakan set kepala dan peranti untuk mengendalikan sesi dalam talian.
Guru mengendalikan sesi dalam talian menggunakan peranti.

YURAN SESI 2027

Pilih pembelajaran yang sesuai.

Berkuat kuasa 1 Disember 2026 · Sesi hingga 30 November 2027

PilihanBulananKelas sebulan
BersemukaRM8012
Dalam talianRM8012

Tiada caj pendaftaran atau bahan. Setiap sesi 10 minit, individu bersama guru. 3 kali seminggu × 4 minggu.

Daftar Reading Session

JADUAL SESI 2027

Jadual Reading Session

Sungai Lalang

Setiap anak mengikuti sesi individu 10 minit dalam lingkungan waktu kelas yang ditetapkan. Admin akan mengesahkan slot bersemuka atau dalam talian yang sesuai.

Jadual semasa sedang disemak.

Hubungi admin untuk menetapkan atau menyemak jadual kelas yang sesuai.

LANGKAH SETERUSNYA

Mari bincang keperluan anak.

Reading Session · Sungai Lalang

Admin akan membantu menyemak jadual, tahap dan kekosongan. Tempat kelas disahkan selepas perbincangan dengan admin.

Anda akan diminta menyemak butiran sebelum permohonan dihantar.

Butiran hanya dihantar dan disimpan dalam Student Hub selepas semakan serta persetujuan anda. Maklumat privasi