
Matematik
SESI 2027 · SUNGAI LALANG
Bimbingan untuk Tingkatan 1–5. Pilih subjek yang anak perlukan, kemudian semak jadual dan yuran sebelum mendaftar.

RINGKASAN UNTUK IBU AYAH · SESI 2027
Pilih tingkatan anak bagi sesi 2027. Jika anak akan masuk Tingkatan 1, pilih Tingkatan 1. Subjek dan jadual mengikut tingkatan serta cawangan.
Pendaftaran RM30 + bahan RM40 bagi setiap subjek, setiap sesi tahunan. Caj ini dikenakan semula kepada pelajar lama. Pilih subjek yang tersedia di cawangan anda.
PILIHAN UNTUK ANAK ANDA · SUNGAI LALANG
Pilih satu atau beberapa subjek yang anak perlukan.
Pilihan subjek sedang disediakan berdasarkan jadual yang dipaparkan.
Jika jadual subjek belum dipaparkan, hubungi admin untuk menyemak hari dan waktu kelas.
Lihat hari dan waktu kelas →Pilihan subjek anda akan dimasukkan ke dalam borang. Anda boleh semak dan ubah sebelum menghantar.
MUDAH UNTUK BERMULA
Pilih tingkatan anak dan subjek yang memerlukan bantuan. Jika belum pasti, tulis pertanyaan dalam borang.
Lihat hari dan waktu kelas serta yuran mengikut jumlah subjek. Pilih jadual yang sesuai dengan rutin anak.
Selepas permohonan berjaya dihantar, simpan nombor rujukan. Admin akan menghubungi anda untuk mengesahkan pilihan kelas.
SUASANA PEMBELAJARAN DI ALC
Lihat suasana guru dan pelajar semasa belajar di ALC. Untuk pilihan kelas anak, semak subjek dan jadual mengikut tingkatan serta cawangan.
YURAN SESI 2027
Berkuat kuasa 1 Disember 2026 · Sesi hingga 30 November 2027
| Pilihan | Bulanan | Kelas sebulan |
|---|---|---|
| 1 subjek | RM55 | 4 |
| 2 subjek | RM110 | 8 |
| 3 subjek | RM155 | 12 |
| 4 subjek | RM205 | 16 |
| 5 subjek | RM255 | 20 |
| 6 subjek | RM300 | 24 |
Pendaftaran RM30 + bahan RM40 bagi setiap subjek, setiap sesi tahunan. Caj ini dikenakan semula kepada pelajar lama. Pilih subjek yang tersedia di cawangan anda.
Isi borang pendaftaranYuran mengikut jumlah subjek yang dipilih. Semak dahulu subjek yang ditawarkan untuk tingkatan dan cawangan anak.
Jadual Sesi 2027 · Bermula 1 Disember 2026.
Sungai Lalang
Sesi hingga 30 November 2027. Admin akan mengesahkan kekosongan dan tarikh pertama kelas pilihan anda.
Jadual tersimpan daripada Student Hub. Tarikh rujukan: 1 Disember 2026. Menyemak kemas kini…
| Kelas / kumpulan | Hari | Waktu |
|---|---|---|
| Bahasa Inggeris Tingkatan 1–3 | Selasa | 8.00 malam–10.15 malam |
| Bahasa Melayu Tingkatan 1–3 | Isnin | 8.00 malam–10.15 malam |
| Matematik Tingkatan 1 | Rabu | 8.00 malam–10.15 malam |
| Matematik Tingkatan 2 | Jumaat | 10.15 pagi–12.45 tengah hari |
| Matematik Tingkatan 3 | Sabtu | 8.00 pagi–10.30 pagi |
| Matematik Tingkatan 4 | Selasa | 8.00 malam–10.15 malam |
| Matematik Tingkatan 5 | Khamis | 8.00 malam–10.15 malam |
Jadual ini mengikut tingkatan yang dipilih. Semak juga pertindihan waktu jika memilih beberapa subjek. Admin akan mengesahkan kumpulan, kekosongan dan tarikh mula kelas.
SEBELUM MENDAFTAR
Pilih tingkatan anak bagi sesi 2027, kemudian lihat subjek di cawangan pilihan. Jika belum pasti subjek yang sesuai, admin boleh membantu anda.
Tidak perlu mengambil semua subjek. Pilih satu atau beberapa subjek yang anak perlukan. Yuran mengikut jumlah subjek; pilihan mengikut tingkatan dan cawangan.
Setiap cawangan menawarkan pilihan subjek mengikut tingkatan. Jika jadual sesuatu subjek belum dipaparkan, anda masih boleh memilihnya dan meminta admin menyemak jadual.
Setiap subjek diadakan sekali seminggu, iaitu 4 kelas sebulan. Lihat hari dan waktu dalam jadual cawangan.
Ya. Pendaftaran RM30 dan bahan RM40 bagi setiap subjek dikenakan setiap sesi tahunan, termasuk pelajar lama. Yuran bulanan mengikut jumlah subjek yang diambil.
Permohonan yang berjaya dihantar akan memaparkan nombor rujukan. Admin akan menghubungi anda bagi mengesahkan subjek, jadual, kekosongan dan tarikh mula kelas. Tiada bayaran dikenakan melalui borang ini.
LANGKAH SETERUSNYA
Pakej Sekolah Menengah · Sungai Lalang
Selepas borang dihantar, admin cawangan akan menghubungi anda untuk menyemak pilihan kelas, kekosongan dan tarikh mula. Tempat anak disahkan bersama admin.