SESI 2027 · GUAR CHEMPEDAK (HQ)

Bina keyakinan anak di sekolah menengah.

Bimbingan untuk Tingkatan 1–5. Pilih subjek yang anak perlukan, kemudian semak jadual dan yuran sebelum mendaftar.

Saiz kelasKebiasaannya sehingga 20 pelajar setiap kelas.

Pelajar mengangkat tangan semasa sesi pembelajaran Matematik.
Antara suasana kelas sekolah menengah di ALC.

RINGKASAN UNTUK IBU AYAH · SESI 2027

Anak akan masuk tingkatan berapa pada sesi 2027?

Pilih tingkatan anak bagi sesi 2027. Jika anak akan masuk Tingkatan 1, pilih Tingkatan 1. Subjek dan jadual mengikut tingkatan serta cawangan.

RM55 / bulanUntuk 1 subjek
4 kelas sebulanBagi setiap subjek
Subjek ditawarkanMengikut tingkatan dan cawangan

Pendaftaran RM30 + bahan RM40 bagi setiap subjek, setiap sesi tahunan. Caj ini dikenakan semula kepada pelajar lama. Pilih subjek yang tersedia di cawangan anda.

Jadual Sesi 2027 · Bermula 1 Disember 2026.

Jadual dan pilihan subjek

Guar Chempedak (HQ)

Sesi hingga 30 November 2027. Admin akan mengesahkan kekosongan dan tarikh pertama kelas pilihan anda.

Pilih subjek

Pilih satu atau beberapa subjek untuk semak jadual dan anggaran yuran.

Pilihan subjek sedang disediakan berdasarkan jadual yang dipaparkan.

Hari dan waktu kelas

Kelas / kumpulanHariWaktu
Bahasa Inggeris Tingkatan 1Ahad8.00 malam–10.15 malam
Bahasa Inggeris Tingkatan 2 (Group 1)Rabu8.00 malam–10.15 malam
Bahasa Inggeris Tingkatan 2 (Group 2)Rabu8.00 malam–10.15 malam
Bahasa Inggeris Tingkatan 3 (Group 1)Isnin8.00 malam–10.15 malam
Bahasa Inggeris Tingkatan 3 (Group 2)Isnin8.00 malam–10.15 malam
Bahasa Inggeris Tingkatan 4–5 (Group 1)Jumaat2.30 petang–4.45 petang
Bahasa Inggeris Tingkatan 4–5 (Group 2)Selasa8.00 malam–10.15 malam
Bahasa Inggeris Tingkatan 4–5 (Group 3)Jumaat8.00 pagi–10.15 pagi
Bahasa Melayu Tingkatan 1–3 (Group 1)Khamis8.00 malam–10.15 malam
Bahasa Melayu Tingkatan 1–3 (Group 2)Sabtu8.00 pagi–10.15 pagi
Bahasa Melayu Tingkatan 4–5 (Group 1)Sabtu8.00 pagi–10.15 pagi
Bahasa Melayu Tingkatan 4–5 (Group 2)Rabu8.00 malam–10.15 malam
Matematik Tingkatan 1 (Group 1)Rabu8.00 malam–10.15 malam
Matematik Tingkatan 2 (Group 1)Ahad8.00 malam–10.15 malam
Matematik Tingkatan 2 (Group 2)Sabtu10.45 pagi–1.00 petang
Matematik Tingkatan 3 (Group 2)Jumaat10.15 pagi–12.30 tengah hari
Sains Tingkatan 1Isnin8.00 malam–10.15 malam
Sains Tingkatan 2 (Group 1)Selasa8.00 malam–10.15 malam
Sains Tingkatan 2 (Group 2)Selasa8.00 malam–10.15 malam
Sains Tingkatan 3 (Group 1)Ahad8.00 malam–10.15 malam
Sains Tingkatan 3 (Group 2)Rabu8.00 malam–10.15 malam
Sains Tingkatan 4Ahad8.00 malam–10.15 malam
Sains Tingkatan 5Isnin8.00 malam–10.15 malam
Sejarah Tingkatan 4Rabu8.00 malam–10.15 malam
Sejarah Tingkatan 5 (Group 1)Khamis8.00 malam–10.15 malam
Sejarah Tingkatan 5 (Group 2)Ahad8.00 malam–10.15 malam

Jadual tersimpan daripada Student Hub. Tarikh rujukan: 1 Disember 2026. Menyemak kemas kini…

Jadual belum ditetapkan untuk Matematik Tingkatan 1 (Group 2); Matematik Tingkatan 3 (Group 1); Matematik Tingkatan 4 (Group 1); Matematik Tingkatan 5 (Group 1); Matematik Tingkatan 5 (Group 2); Perakaunan Tingkatan 4; Perakaunan Tingkatan 5. Sila hubungi admin.

Jadual ini mengikut tingkatan yang dipilih. Semak juga pertindihan waktu jika memilih beberapa subjek. Admin akan mengesahkan kumpulan, kekosongan dan tarikh mula kelas.

YURAN SESI 2027

Yuran mengikut jumlah subjek pilihan.

Berkuat kuasa 1 Disember 2026 · Sesi hingga 30 November 2027

PilihanBulananKelas sebulan
1 subjekRM554
2 subjekRM1108
3 subjekRM15512
4 subjekRM20516
5 subjekRM25520
6 subjekRM30024

Pendaftaran RM30 + bahan RM40 bagi setiap subjek, setiap sesi tahunan. Caj ini dikenakan semula kepada pelajar lama. Pilih subjek yang tersedia di cawangan anda.

Isi borang pendaftaran

Yuran mengikut jumlah subjek yang dipilih. Semak dahulu subjek yang ditawarkan untuk tingkatan dan cawangan anak.

MUDAH UNTUK BERMULA

Mulakan pendaftaran dalam tiga langkah.

  1. 01

    Pilih tingkatan dan subjek.

    Pilih tingkatan dan subjek yang mahu anak kukuhkan. Jika belum pasti, ceritakan keperluan anak dalam borang.

  2. 02

    Semak jadual dan yuran.

    Lihat hari dan waktu kelas serta yuran mengikut jumlah subjek. Pilih jadual yang sesuai dengan rutin anak.

  3. 03

    Hantar borang, admin akan menghubungi anda.

    Selepas permohonan berjaya dihantar, simpan nombor rujukan. Admin akan menghubungi anda untuk mengesahkan pilihan kelas.

SUASANA PEMBELAJARAN DI ALC

Bimbingan dan latihan dalam kelas sekolah menengah.

Lihat pencapaian sekolah menengah Guar Chempedak

Kenali suasana pembelajaran sekolah menengah di ALC. Pilih tingkatan dan cawangan untuk melihat subjek serta jadual yang sesuai untuk anak.

Pembelajaran selepas peperiksaan akhir tahun

Kelas di ALC diteruskan selepas peperiksaan akhir tahun di sekolah, seperti Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA). Guru mengulang topik yang masih sukar dan membantu pelajar bersedia untuk pelajaran pada sesi seterusnya.

Pelajar mencuba soalan kuadratik di papan putih.
Pelajar mencuba soalan kuadratik di papan putih.

Matematik Tingkatan 3 · Guar Chempedak 6 November 2026

Cuba persamaan kuadratik Tingkatan 4

Pelajar mula mengenali fungsi dan persamaan kuadratik dalam satu pemboleh ubah. Mereka mencuba soalan di papan putih sebagai persediaan awal untuk topik Tingkatan 4.

Pelajar menunjukkan nota poket perumpamaan yang mereka sediakan.
Pelajar menunjukkan nota poket perumpamaan yang mereka sediakan.

Bahasa Melayu Tingkatan 1–3 · Guar Chempedak 19 November 2026

Ringkaskan perumpamaan dalam nota poket

Pelajar mengulang kaji simpulan bahasa sebelum belajar perumpamaan. Mereka menyediakan nota poket, memadankan kad dan menjawab latihan untuk mengukuhkan kefahaman.

Semak jadual kelas di cawangan ini →

SEBELUM MENDAFTAR

Ada soalan sebelum mendaftar?

Tingkatan mana yang perlu dipilih?

Pilih tingkatan anak bagi sesi 2027, kemudian lihat subjek di cawangan pilihan. Jika belum pasti subjek yang sesuai, admin boleh membantu anda.

Perlukah mengambil semua subjek?

Tidak perlu mengambil semua subjek. Pilih satu atau beberapa subjek yang anak perlukan. Yuran mengikut jumlah subjek; pilihan mengikut tingkatan dan cawangan.

Apakah subjek yang ditawarkan di cawangan ini?

Semak senarai subjek untuk tingkatan anak anda. Jika belum ada jadual, anda masih boleh pilih subjek itu dan minta admin semak hari serta waktu kelas.

Berapa kerap kelas diadakan?

Setiap subjek diadakan sekali seminggu, iaitu 4 kelas sebulan. Lihat hari dan waktu dalam jadual cawangan.

Adakah caj tahunan dikenakan semula kepada pelajar lama?

Ya. Pendaftaran RM30 dan bahan RM40 bagi setiap subjek dikenakan setiap sesi tahunan, termasuk pelajar lama. Yuran bulanan mengikut jumlah subjek yang diambil.

Adakah tempat kelas terus disahkan selepas menghantar borang?

Simpan nombor rujukan selepas menghantar permohonan. Admin akan menghubungi anda untuk mengesahkan subjek, jadual, tempat dan tarikh mula kelas. Tiada bayaran dikenakan melalui borang ini.

LANGKAH SETERUSNYA

Daftar Pakej Sekolah Menengah.

Pakej Sekolah Menengah · Guar Chempedak (HQ)

Selepas borang dihantar, admin cawangan akan menghubungi anda untuk menyemak pilihan kelas, kekosongan dan tarikh mula. Tempat anak disahkan bersama admin.

Subjek yang diminati (pilihan)

Pilih subjek yang ingin diambil. Jika belum pasti, boleh teruskan dengan tingkatan sahaja.

Semak butiran anda sebelum menghantar permohonan.

Butiran hanya dihantar dan disimpan dalam Student Hub selepas semakan serta persetujuan anda. Maklumat privasi