PERKONGSIAN WARIS & PELAJAR

Setiap kemajuan anak,
bermakna buat kami.

Ada yang kini lancar membaca. Ada yang lebih yakin di sekolah, dan ada yang gembira berkongsi keputusan peperiksaan. Baca pengalaman mereka bersama ALC.

Mesej WhatsApp, ulasan Google dan pengalaman pelajar. Pengalaman dan perkembangan setiap pelajar berbeza.

MUDAH DICARI SEMULA

Cari perkongsian yang ingin dibaca.

Lihat juga foto pencapaian

12 daripada 56 perkongsian

Perkongsian waris

Waris Muhammad Aqlil Fadhli

Sungai Lalang · Anugerah Peningkatan Mata Pelajaran

Waris Aqlil mengucapkan terima kasih kepada guru yang pernah membimbingnya. Aqlil menerima Anugerah Peningkatan Mata Pelajaran selepas menunjukkan peningkatan markah antara semester pertama dan kedua.

Perkongsian waris

Waris Qistina

Sungai Lalang · Peningkatan dalam peperiksaan akhir tahun

Waris Qistina gembira melihat peningkatannya. Dalam keputusan yang dikongsikan, Qistina memperoleh A untuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik, serta B untuk Sains.

Perkongsian pelajar

Pelajar ALC Sungai Lalang

Sungai Lalang · Bahasa Inggeris meningkat kepada 86 markah

Seorang pelajar berkongsi bahawa keputusan Bahasa Inggerisnya meningkat kepada 86 markah (A). Pelajar itu turut memaklumkan bahawa dia memperoleh 74 markah bagi Bahasa Melayu.

Pelajar · WhatsApp

Lebih faham format jawapan

Prinsip Perakaunan

Pelajar ini berkongsi bahawa penerangan dan format jawapan yang ditunjukkan dalam kelas membantunya memahami Akaun. Dia juga berpuas hati dengan keputusan peperiksaannya.

Pelajar · WhatsApp

Belajar langkah demi langkah

Prinsip Perakaunan

Pada mulanya, pelajar ini keliru menyediakan penyata apabila soalan memberi maklumat tambahan. Selepas guru menunjukkan langkahnya dan pelajar berlatih setiap minggu, dia mula faham cara menjawab.

Pelajar · WhatsApp

Makin tahu cara menyediakan penyata

Prinsip Perakaunan

Pelajar ini berkongsi bahawa penerangan guru mudah difahami. Dia kini lebih tahu cara menyediakan penyata yang dipelajari dalam kelas Akaun.

Pelajar · WhatsApp

Mula faham Akaun dan dapat 83 markah

Prinsip Perakaunan

Pelajar ini mengucapkan terima kasih kerana guru membimbingnya sehingga faham Akaun. Dia memaklumkan bahawa dia mendapat 83 markah dalam peperiksaan.

Ulasan GooglePerkongsian ALC

Lisa Abdullah

Perkongsian pengalaman bersama ALC

Tempat yang bagus untuk anak belajar. Ada peningkatan dalam pelajaran. Tahun ni bakal terima anugerah cemerlang . Tq An Najah Learning Centre.

Ulasan GooglePerkongsian ALC

Syafika Enn

Perkongsian waris Zayyan Alzaidan

2 tahun Zayyan Alzaidan tusyen kat An najah. Alhamdulillah harini anak saya dpt anugerah cemerlang no 1 dlm kelas. Terima kasih An najah bnyk membantu. InshaaAllah anak saya akan terus belajar kat akademi ni.

Ulasan GooglePerkongsian ALC

hasma talib

Pakej 4 Subjek Sekolah Rendah

Anak saya mendaftar untuk pakej 4 subjek sekolah rendah dan sudah masuk 3 tahun di pusat tuisyen ini.Dia berazam untuk terus belajar di sini sehingga SPM nanti.Antara sebab yang kukuh adalah kerana kemudahan kelas yang sangat selesa,guru yang sangat berdedikasi dan penyampaian yang sangat jelas.Prestasi anak semakin memberangsangkan.Terima kasih An Najah Learning Centre.

Ulasan GoogleBandar Puteri Jaya

Marona Jusoh

Bahasa Inggeris · Bandar Puteri Jaya

Assalamualaikum Anak Saya pelajar An najah Bandar putri Jaya..Alhamdulillah sejak tuisyen di An najah DLM 2 Bulan peperiksaan prnggal ke 2 Baru Ni markah Mata pelajaran Bahasa inggeris telah meningkat .terima Kasih kepada guru YG mngajar Anak Saya dan pusat tuisyen An najah.

Ulasan GoogleGuar Chempedak (HQ)

Siti Johanis

KCMM & Pakej 4 Subjek · Guar Chempedak

Assalamualaikum sy waris nur kauthar....alhamdulillah anak sy start tuisyen di an - najah Guar umur 5 tahun (kelas baca) dari x tahu A B C sampai dah pandai baca dan menulis setahun dia belajar kelas membaca... sekarang dia 9tahun masih lg belajar di tuisyen an-najah ambil 4 sabjet utama BM, Bi, Sains dan Matematik.. Peningkatan anak saya semakin menaik.... Sy berterima kasih kepada cikgu2.... . Pusat tuisyen an najah mmg TERBAIK!!!!!!!!

Perkongsian dipaparkan sebagai petikan atau ringkasan supaya mudah dibaca. Tangkap layar disertakan apabila tersedia untuk paparan umum.

LANGKAH SETERUSNYA UNTUK ANAK

Temui program yang sesuai.

Lihat pilihan pembelajaran mengikut keperluan anak dan cawangan berhampiran anda.

Terokai program ALC