



KELAS SIFIR PERCUMA
Kelas Sifir Percuma merupakan satu inisiatif tanggungjawab sosial (CSR) oleh An Najah Learning Centre bagi membantu kanak-kanak menguasai sifir asas dengan lebih yakin dan berkesan.
Program ini diwujudkan sebagai usaha menyumbang kembali kepada masyarakat melalui pendekatan pembelajaran yang santai, berperingkat dan mesra pelajar. Anak-anak dibimbing menghafal sifir 2 hingga 9 menggunakan teknik yang mudah difahami serta menyeronokkan.
Sehingga kini, program ini telah berjaya dilaksanakan sehingga Kelas Sifir Percuma 2.0 dengan sambutan yang sangat menggalakkan. Sebagai komitmen berterusan dalam usaha pendidikan komuniti, Kelas Sifir Percuma 3.0 juga akan diteruskan pada masa akan datang.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen kami untuk "Mendidik Dari Hati" serta membina keyakinan dan asas pembelajaran yang kukuh untuk masa hadapan.
.png)






































































